Lebih 11.8 juta warga Malaysia telah menebus guna penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sekali beri (one-off) melibatkan nilai jualan keseluruhan setakat ini RM745.7 juta ($226.9 juta), sejak ia mula dilaksanakan pada 31 Ogos lalu.
Namun, inisiatif kerajaan Madani untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah warga Malaysia itu dicemari dengan beberapa laporan terdapat peniaga cuba menaikkan harga barangan di premis masing-masing...





