KUANTAN (Pahang): Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok.
Penafian itu dibuat susulan kewujudan sebuah akaun TikTok menggunakan nama ‘Datuk Muhammad Yusuf’ yang dikesan memperdaya orang ramai dengan memanipulasi wajah Tunku Azizah melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).





