Isu rakyat akan ditangani secara tersusun dan menyeluruh melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Negeri Johor, yang diwujudkan bagi memantau pembangunan, menyelesaikan masalah setempat serta memastikan dasar kerajaan diterjemah dengan tindakan nyata.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata setiap jawatankuasa khas atau taskforce diberi mandat jelas merangkumi isu yang dekat dengan rakyat seperti penarafan Bandar...





