OREM (Utah): Penyiasat Amerika Syarikat pada 11 September mengeluarkan gambar dan video suspek yang menembak mati aktivis konservatif berpengaruh, Encik Charlie Kirk, dan berkata mereka telah menemui senapang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan bermotif politik itu.
Encik Kirk, 31 tahun, dibunuh pada 10 September dengan satu das tembakan ketika beliau sedang memberi ceramah di sebuah universiti di Utah dalam apa...





