Memelihara bahasa dan budaya Melayu ialah tanggungjawab yang dikongsi oleh semua anggota masyarakat Melayu, dan Bulan Bahasa berserta aktiviti yang diadakan membantu mengingatkan kita tentang tanggungjawab bersama itu, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.
Beliau berkata demikian sempena acara ‘Jejak Warisan, Raikan Bahasa’ yang diadakan bersempena Bulan Bahasa di Kampung Admiralty Community Plaza pada 21 September.





