Bermula 30 September ini, warga Malaysia akan menikmati petrol RON95 pada harga lebih rendah iaitu RM1.99 ($0.60) seliter, sementara warga asing bermastautin dan guna plat Malaysia perlu bayar RM2.60 seliter.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 22 September, dengan semua warga Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan dan mempunyai lesen memandu aktif layak menikmati manfaat menerusi inisiatif...





