MELAKA: Sebuah restoran mi segera berkonsepkan ‘mini zoo’ di Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa di Melaka, yang tular kerana mempamerkan pelbagai haiwan termasuk alpaka serta mengabaikan kebersihan, diarahkan tutup serta merta oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 22 September.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, berkata premis itu yang diserbu penguat kuasa MBMB pada 12 tengah malam diarahkan tutup...





