KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung video yang didedahkan ahli perniagaan, Encik Albert Tei, mengenai dakwaan rasuah membabitkan Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau telah mengarahkan SPRM Sabah untuk bertindak ke atas pendedahan yang disiarkan Malaysiakini...





