Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menegaskan sebarang rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang perlu berlangsung secara matang, setara dan saling menghormati antara semua parti gabungan.
Timbalan Pengerusinya, Encik Dzulkefly Ahmad, berkata Amanah Johor menolak sebarang bentuk penguasaan atau sikap ‘abang besar’ daripada mana-mana parti, sama ada dalam...





