Apakah yang kita pikul dalam hidup ini?
Ada yang membawa kenangan, ada yang menanggung kehilangan.
Apakah yang kita pikul dalam hidup ini?
Ada yang membawa kenangan, ada yang menanggung kehilangan.
Pelan induk dan rangka tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Singapura dan Malaysia semasa Rahat Pemimpin tahunan pada Disember seperti yang dirancang.
Edisi 2026 Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia itu, yang ke-13 diadakan, dijadual berlangsung di Malaysia.
Sebilangan kios daftar masuk layan diri di Lapangan Terbang Changi mengalami gangguan sementara pada pagi 2 November, menyebabkan terminal tidak dapat memproses urusan daftar masuk sendiri mahupun mencetak pas masuk penerbangan penumpang.
Changi Airport Group (CAG) memaklumkan bahawa masalah itu timbul sekitar 8.30 pagi “susulan gangguan global pada sistem Pemprosesan Awal Penumpang (APP)”.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah merakamkan RM88.83 bilion ($28.04 bilion) pelaburan yang diluluskan antara Januari 2025 dengan Jun 2026, dengan 45 peratus daripadanya telah dilaksanakan.
Ini bermakna sebanyak RM40.3 bilion daripada jumlah itu telah dilaksanakan sejauh ini, kata pihak berkuasa kedua-dua negara menyusuli satu mesyuarat dua hala peringkat tinggi pada 2 November.
Seorang lelaki yang merogol anak kandung perempuannya berusia 15 tahun di atas katil mangsa pada 2024 dijatuhi hukuman penjara 14 tahun pada 2 November.
Susulan kejadian rogol itu, mangsa bergegas lari ke balai polis untuk membuat laporan ketika bapanya sedang mandi.
Majlis Bandaran Marine Parade-Braddell Heights menafikan dakwaan bahawa pekerja pembersihannya mengutip bekas minuman dari tong sampah untuk memperoleh “gaji berganda” menerusi Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS).
Penjelasan itu dibuat selepas video yang dimuat naik pengguna TikTok, ‘jiatong888’, pada akhir Oktober tular, menunjukkan dua lelaki berpakaian seragam majlis bandaran itu memasukkan bekas minuman kosong dari beg sampah ke mesin pemulangan BCRS.





