Sistem meritokrasi Singapura tidak sempurna tetapi para Anggota Parlimen (AP) harus memberikan cadangan alternatif dan saranan khusus tentang bagaimana masyarakat boleh memperbaikinya, kata Encik Xie Yao Quan (SMC Jurong Central).
Akur bahawa Singapura “boleh melakukan lebih baik” lagi, Encik Xie berkata AP harus memberi tumpuan kepada cara memperbaiki meritokrasi supaya ia sesuai untuk tujuannya dan memberi manfaat kepada rakyat Singapura...





