Kaum dan agama kekal menjadi teras dalam membentuk struktur sosial Singapura dan usaha berterusan bagi memajukan keharmonian dalam bidang ini adalah penting, kata Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Janil Puthucheary.
Berucap pada Dialog Belia anjuran Illaiya Thalaimurai Tamil Murasu dan OnePeople.sg pada 28 September, beliau mengatakan walaupun Singapura telah mencapai kemajuan besar, jangkaan mengenai keharmonian kaum...





