Mengambil langkah berani untuk berhenti kerja selama enam bulan demi membangunkan sebuah pertubuhan bukan meraih untung bagi menolong belia berisiko bukanlah keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa, dedah pengasas Membina Community (Membina), Cik Sri Nur Asmaul Husna Mohamed Hussain.
Pada akhir 2022, Cik Husna, 28 tahun, yang ketika itu bertugas di Yayasan Mendaki sebagai pengurus program, mula berjinak-jinak dengan idea membina...





