JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperkukuh usaha melahirkan graduan kejuruteraan yang lebih berdaya saing melalui kerjasama strategik Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bersama Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Selatan dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, berkata daya usaha itu penting kerana Johor kini menjadi nadi pembangunan ekonomi negara...





