PYONGYANG: Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, akan melawat Korea Utara pada 10 Oktober ini bagi menyertai sambutan ulang tahun ke-80 penubuhan Parti Pekerja Korea, menurut agensi berita rasmi KCNA pada 2 Oktober.
Lawatan itu dibuat atas jemputan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, dan dianggap luar biasa kerana Pyongyang jarang menerima kunjungan pemimpin asing sejak negara itu memperketat sekatan...





