GAZA/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada 3 Oktober, meminta Israel agar segera menghentikan pengeboman Gaza selepas Hamas bersetuju melepaskan tebusan dan akur pada beberapa ketetapan lain yang dibentangkan dalam rancangan Amerika menamatkan perang.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pula berkata Israel sedang bersiap untuk “pelaksanaan segera” peringkat pertama rancangan Encik Trump di Gaza bagi membebaskan tebusan...





