Apabila Encik Faris Iskandar Samat, 32 tahun, membawa anak tunggalnya menaiki penerbangan yang dikendalikannya sendiri selama setengah jam di Lapangan Terbang Murray Bridge, Adelaide, Australia, beliau tidak menyangka anaknya yang baru berusia dua tahun itu begitu tenang, kelihatan seronok, dan langsung tidak menunjukkan rasa takut.
Ini kerana pengalaman menaiki pesawat kecil dua penumpang itu adalah yang pertama dinaiki anaknya itu,...





