KAHERAH/BAITULMAkDIS: Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama satu perjanjian yang mensyaratkan pembebasan semua tebusan yang masih ditahan di Gaza sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin.
Namun, butiran terperinci pelaksanaannya masih belum didedahkan sepenuhnya dan menimbulkan banyak persoalan tentang garis masa serta susunan pasca perang.





