Di serata dunia, agama dan kaum sering digunakan untuk memecahbelahkan masyarakat, dan Singapura tidak terkecuali daripada tekanan sedemikian, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pada 10 Oktober.
Oleh itu, keharmonian agama yang dinikmati Singapura kini tidak boleh diambil mudah, kata Encik Shanmugam semasa majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-85 gereja Parish...





