JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, selepas dilaporkan hilang ketika bermain berhampiran kawasan tasik berkenaan pada malam 21 Oktober.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.44 malam sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor...





