Foto edaran ini diambil pada 20 Oktober 2025 dan dikeluarkan pada 22 Oktober 2025 oleh Pasukan Maklumat Tentera Myanmar, menunjukkan anggota tentera Myanmar berdiri bersebelahan dengan peranti Starlink yang dirampas semasa serbuan ke atas pusat penipuan dalam talian KK Park di Myawaddy, negeri Kayin, Myanmar.
Syarikat SpaceX dilaporkan telah memutuskan perkhidmatan kepada lebih 2,500 peranti Starlink yang digunakan di pusat-pusat penipuan di Myanmar, kata seorang eksekutif syarikat itu pada 22 Oktober, selepas pendedahan AFP menunjukkan penggunaan peranti tersebut meningkat mendadak dalam industri haram itu.
Tentera Myanmar sebelum ini mengumumkan bahawa mereka telah menyerbu pusat penipuan KK Park pada 20 Oktober dan merampas 30 terminal internet satelit Starlink.
DuniaOct 23, 2025 | 4:31 PM

Lebih 600 orang lari dari pusat penipuan siber Myanmar, menyeberang ke Thailand

MAE SOT, Thailand: Lebih 600 orang melarikan diri dari salah satu pusat penipuan dalam talian paling terkenal di Myanmar dan menyeberangi Sungai Moei ke Thailand selepas serbuan ketenteraan dilakukan ke atas kompleks tersebut, menurut pegawai wilayah Thailand pada 23 Oktober.

Timbalan Gabenor Wilayah Tak, Encik Sawanit Suriyakul Na Ayutthaya, berkata bahawa seramai 677 individu telah melarikan diri dari pusat penipuan...

misi mmx
DuniaOct 20, 2026 | 4:15 PM

Misi bersejarah: Kapal angkasa Jepun dilancar ke bulan Marikh

TOKYO: Sebuah kapal angkasa Jepun sedang dalam perjalanan ke salah satu bulan Marikh atau ‘Mars’ pada 20 Oktober, dalam misi pertama dunia untuk mengambil sampel di sana.

Misi itu mungkin membantu mengungkap asal usul sistem suria dan kehidupan di bumi.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah (kanan), bersama Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor (kiri), ketika Sesi Mengadap Takzim Kerajaan Negeri Johor, Ibu Bapa serta Warga Pendidik Berhubung Isu Jerebu dan Persekolahan di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru.
MalaysiaOct 20, 2026 | 3:59 PM

Raja Permaisuri Agong gesa pelan jangka panjang tangani kesan jerebu terhadap pelajar

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menggesa kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat mengambil tindakan bersama bagi menangani kesan fizikal serta psikologi jerebu terhadap pelajar dan keluarga.

Beliau turut menekankan keperluan merangka strategi jangka panjang serta memperkukuh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), supaya usaha menangani jerebu tidak terbatas kepada langkah sementara ketika krisis.

Keadaan berjerebu di Sin Ming Avenue pada pagi 20 Oktober. Mutu udara di Singapura merosot pada hari tersebut, dengan empat daripada lima daerah menghadapi tahap pencemaran udara tidak sihat.
SingapuraOct 20, 2026 | 3:58 PM

Tahap PSI tidak sihat jejas sebahagian besar S’pura selepas mutu udara merosot

Mutu udara di Singapura merosot pada 20 Oktober, dengan empat daripada lima daerah menghadapi tahap pencemaran udara tidak sihat.

Pada 2 petang, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam menunjukkan mutu udara sederhana di utara (89) dan tahap tidak sihat di seluruh daerah selatan (103), timur (104), barat (136) dan tengah (122).

Atlet Paralimpik, Yip Pin Xiu, ijazah kehormat Universiti Glasgow
SukanOct 20, 2026 | 3:32 PM

Yip Pin Xiu dianugerah ijazah kehormat Universiti Glasgow atas sumbangan, kecemerlangan sukan

Atlet Paralimpik Singapura yang paling berjaya, Yip Pin Xiu, telah dianugerahkan ijazah kehormat daripada Universiti Glasgow.

Pemenang pingat emas Paralimpik sebanyak tujuh kali itu diiktiraf atas pencapaian sukan beliau yang luar biasa serta sumbangannya dalam memajukan inklusiviti dan peluang bagi golongan individu kurang upaya dalam satu majlis sambutan khas sempena ulang tahun ke-575 Universiti Glasgow di Singapura.

Ustaz Jalaludeen, Naib Konsul Haji, Jeddah
SingapuraOct 20, 2026 | 3:25 PM

Ustaz Jalaluddeen dilantik Naib Konsul (Haji) di Jeddah

Ustaz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali, 44 tahun, akan menggalas jawatan Naib Konsul (Haji) di Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah mulai Disember.

Beliau, yang bertugas sebagai pengurus di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dikerahkan secara sementara ke Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video