Di sebalik cabaran menarik generasi muda, beberapa penggiat seni dan budayawan menekankan bahawa seni tradisional Melayu bukan sekadar persembahan estetika, malah ia wadah untuk berdakwah, menanam nilai moral serta membina jati diri masyarakat.
Pengasas bersama Orkestra Sri Temasek (OrST), Encik Hanafi Idrus, berpendapat masyarakat Melayu perlu mewariskan seni dan budaya sendiri kepada anak bangsa kerana ia sebahagian daripada fitrah sebagai...





