Sebuah koleksi kes perubatan dan perundangan yang berkaitan dengan etika bioperubatan telah dilancar pada 24 Oktober sebagai panduan bagi karyawan penjagaan kesihatan untuk lebih memahami keperluan perundangan dan etika dalam amalan perubatan.
Buku bertajuk Etika Bioperubatan di Singapura: Kes dan Ulasan itu disusun oleh Jawatankuasa Penasihat Bioetika Singapura dan mengandungi 42 kes, setiap satu dengan pertimbangan perubatan, perundangan dan etikanya...





