Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura (Perkemas) di Mesir telah menawarkan bantuan kepada sekitar 90 keluarga Palestin yang mendapatkan perlindungan di Kahirah pada September lalu.
Menyatakan demikian dalam catatan Facebook beliau pada 1 November semasa lawatannya ke Mesir, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata apa yang dilakukan...





