Jika tapak 38 Oxley Road dipelihara dan diperoleh oleh pemerintah, ia akan diubah menjadi ruang awam seperti taman warisan, kata Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan pada 3 November.
Mengenai bangunan dan struktur di tapak tersebut, termasuk banglo satu tingkat praperang, yang didiami Perdana Menteri pertama, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dari pertengahan 1940-an...





