Kadar murid sekolah di Malaysia yang menunjukkan tanda awal kemurungan dan kebimbangan didapati berkurang secara ketara dalam tempoh tiga tahun ini, hasil pelaksanaan pelbagai program sokongan psikososial dan campur tangan tertumpu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Pendidikan Malaysia, Cik Fadhlina Sidek, berkata berdasarkan Saringan Minda Sihat yang dijalankan dari sesi persekolahan 2022/2023 hingga 2024/2025, ia mendapati, peratus murid sekolah...





