Sekitar 9 peratus bakal Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) didapati mempunyai masalah kesihatan mental, manakala 11 peratus NSF mendapatkan bantuan bagi beberapa bentuk masalah berkaitan kesihatan mental pada 2024.
Menteri Negara (Pertahanan), Encik Desmond Choo, mendedahkan angka itu sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan Cik Gho Sze (SMC Mountbatten) di Parlimen pada 4 November.





