Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 9% bakal anggota NSF punya masalah kesihatan mental

Nov 4, 2025 | 7:53 PM
Desmond Choo, Mindef
Menteri Negara (Pertahanan), Encik Desmond Choo, di Parlimen pada 4 November. - Foto TANGKAP LAYAR GOV.SG

Sekitar 9 peratus bakal Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) didapati mempunyai masalah kesihatan mental, manakala 11 peratus NSF mendapatkan bantuan bagi beberapa bentuk masalah berkaitan kesihatan mental pada 2024.

Menteri Negara (Pertahanan), Encik Desmond Choo, mendedahkan angka itu sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan Cik Gho Sze (SMC Mountbatten) di Parlimen pada 4 November.

Meskipun angka itu berubah setiap tahun, secara amnya terdapat trend peningkatan dari masa ke masa, tambah Encik Choo.

Menurutnya, ini selaras dengan trend nasional dalam kalangan golongan muda, dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan terus bekerjasama rapat dengan keluarga serta agensi berkaitan bagi menyokong kesihatan mental anggota tentera.

Angka bakal anggota NSF yang dikesan mempunyai masalah kesihatan mental telah meningkat daripada 6 peratus pada 2019 kepada 11 peratus pada 2023, meskipun sebilangan besar mengalami masalah ringan hingga sederhana, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu jawapan pada 2024.

Cik Gho juga bertanya mengenai percubaan bunuh diri baru-baru ini oleh seorang NSF daripada pasukan polis, serta sama ada terdapat rancangan untuk memperkenalkan pemeriksaan psikologi sebagai sebahagian prosedur praperkhidmatan.

Cik Gho merujuk kepada insiden yang mana seorang NSF polis sepenuh masa berusia 23 tahun ditemui dengan kecederaan tembakan di leher di 328 Pasir Panjang Road pada 15 Oktober.

Encik Choo berkata pemeriksaan perubatan bakal anggota NSF sudah merangkumi pemeriksaan sebegini, dan mereka akan ditangguhkan daripada perkhidmatan sekiranya terdapat risiko membahayakan diri sendiri atau orang lain.

“Kami sedar masalah kesihatan mental boleh timbul kemudian selepas peringkat praperkhidmatan. 

“SAF mempunyai sistem sokongan kesihatan mental untuk mengesan dan menyokong anggota perkhidmatan yang menghadapi masalah kesihatan mental,” katanya sambil menambah bahawa Pasukan Home Team turut mempunyai sistem serupa.

Talian Bantuan Kesejahteraan Mental:

– Institut Kesihatan Mental – Talian Bantuan Kesihatan Mental: 6389-2222 (24 jam)

– Samaritans of Singapore: 1-767 (24 jam) / 9151-1767 (24 jam CareText melalui WhatsApp)

– Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH): 1800-283-7019

– Silver Ribbon Singapore: 6386-1928

– Tinkle Friend: 1800-274-4788

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg