Warga Singapura yang gemar merentas Koswe untuk percutian singkat di Johor Bahru kini mempunyai pilihan penginapan baru, terletak hanya lima minit sahaja dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Sistem Transit Laju (RTS Link), yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.
Sheraton Hotels & Resorts, yang merupakan sebahagian daripada Marriott International, telah membuka Sheraton yang pertama di Johor Bahru.





