Pelakon Malaysia, Uqasha Senrose, memaklumkan perasaan gembiranya apabila kembali tampil dalam drama, Bisik Asmara, di saluran televisyen, TV3.
Uqasha, 33 tahun, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, akan bergandingan bersama pelakon popular, Zul Ariffin, menerusi drama yang turut membariskan Sophia Albarakbah.





