Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Uqasha Senrose tumpu kerjaya, enggan ulas isu cerai

Nov 6, 2025 | 12:52 PM
Uqasha Senrose, Kamal Adli, cerai, Bisik Asmara
Pelakon Malaysia, Uqasha Senrose ingin fokus pada kerjaya lakonan dan enggan mengulas mengenai isu rumah tangga yang dihadapi bersama pelakon, Kamal Adli. - Foto BHM

Pelakon Malaysia, Uqasha Senrose memaklumkan perasaan gembiranya apabila kembali tampil dalam drama Bisik Asmara di saluran televisyen, TV3.

Uqasha, 33 tahun, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen akan bergandingan bersama pelakon popular, Zul Ariffin menerusi drama yang turut membariskan Sophia Albarakbah.

Ujian yang berlaku dalam hidup Uqasha tidak merencatkan kerjaya seninya yang kekal berjalan lancar sehingga sekarang.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober.

Semasa prosiding pada 28 Oktober, mahkamah menetapkan 19 November sebagai tarikh baru bagi sebutan semula kes selepas peguam yang mewakili pelakon perempuan itu menarik diri.

“Namun saya tetap pastikan masa bersama anak saya Hawra Uqaira, (berusia 18 bulan), tidak terabai.

“Walaupun balik tengah malam, saya akan pastikan tetap luangkan masa dengan anak,” jawabnya ringkas sewaktu ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada 4 November.

Uqasha kini masih sibuk di set penggambaran drama Jika Cinta Itu Buta yang bersiaran di Astro Prima dan bakal ke set untuk drama Bisikan Asmara pada 8 November.

Menurutnya, walau sesibuk manapun dengan karier, masa bersama Uqaira tidak pernah diabaikan, malah sesekali beliau akan membawa buah hatinya ke set penggambaran untuk menemaninya.

“Alhamdulillah sibuk macam mana sekalipun, setiap hari saya akan cari masa untuk bersama Uqaira.

“Ada waktunya saya akan bawa Uqaira ke set tapi bergantung pada tempat juga sama ada sesuai atau tidak.

“Setakat ini dia tak pernah meragam lagi, biasanya pembantu peribadi atau pembantu akan tolong tengok-tengokkan Uqaira ketika saya berlakon.

“Saya juga bersyukur dia dijaga dengan baik oleh pembantu dengan pengawasan ibu saya sekiranya saya tidak dapat bawa dia ke set,” tambahnya.

Mengulas mengenai watak dalam drama Bisik Asmara, Uqasha berkata dirinya belum sempat membaca keseluruhan skrip kerana masih sibuk dengan penggambaran sedia ada.

“Saya tidak terlalu memilih tawaran berlakon, namun tetap menitikberatkan komitmen masa dan jalan cerita.

“Tapi kalau tempoh penggambaran terlalu panjang atau jalan ceritanya tidak memberi impak, saya pertimbangkan semula.

“Kalau tak bertembung jadual, saya okey. Drama terakhir saya bersama TV3 ialah Aku Tanpamu pada 2018,” tegasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg