JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memberi jaminan bahawa usaha menangani isu pencahayaan jalan serta pelaksanaan Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) sedang dilaksanakan dengan penuh komitmen bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terus terjamin.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil, berkata beliau juga telah mengadakan lawatan tapak ke FT17, berhadapan Petron...





