Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia) meneruskan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza dengan menghantar pasukan perubatan melalui misi Pasukan Perubatan Khas (SCT) ke-6, yang ketika ini sedang memberikan khidmat kesihatan kritikal di Hospital Al-Shifa dan beberapa fasiliti berkaitan di sana.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Mercy Malaysia memaklumkan pasukan sukarelawan perubatan itu kini melaksanakan pembedahan ortopedik, konsultasi pakar, rawatan...





