Foto edaran oleh Tentera Diraja Thailand menunjukkan dua anggota tentera Thailand menerima rawatan kecemasan selepas terkena letupan periuk api ketika menjalankan rondaan di sempadan Thailand–Kemboja, di wilayah Si Sa Ket, timur laut Thailand, pada 10 November 2025. Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengarahkan penggantungan serta merta terhadap perjanjian damai Thailand–Kemboja selepas dua anggota cedera dalam insiden itu, dengan seorang daripadanya kehilangan kaki kanan. Penggantungan tersebut turut menghentikan rancangan penghantaran pulang 18 tahanan perang Kemboja.
DuniaNov 10, 2025 | 8:17 PM

Thai gantung perjanjian damai dengan Kemboja selepas dua askar cedera akibat letupan periuk api

BANGKOK: Thailand pada 10 November mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja yang dimeterai sebulan lalu di bawah pemantauan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selepas dua anggota tenteranya cedera parah akibat letupan periuk api berhampiran sempadan.

Jurucakap kerajaan, Encik Siripong Angkasakulkiat, berkata semua susulan terhadap perisytiharan bersama yang dijalankan sejak seminggu lalu dihentikan serta-merta, termasuk rancangan pembebasan 18 anggota tentera...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata berkata hidup sihat dan bermakna penting dalam usia emas.
SingapuraOct 20, 2026 | 7:16 PM

Indranee: Raikan usia lebih panjang, manfaatkan peluang yang datang 

Dalam keadaan yang betul, hidup lebih lama boleh menjadi satu kelebihan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.

“Hakikat bahawa rakyat Singapura hidup lebih lama merupakan salah satu pencapaian negara kita yang terbesar,” katanya.

Tabung Simpanan Pekerja (CPF) merupakan sistem pencen pertama di Asia yang meraih gred A, dengan mata keseluruhannya meningkat daripada 80.8 kepada 82 dalam Indeks Pencen Global Marsh Institut CFA. 
SingapuraOct 20, 2026 | 7:13 PM

CPF kekal gred A bagi tahun kedua

Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Singapura mengekalkan penarafan gred A bagi tahun kedua berturut-turut dalam penarafan tahunan sistem pencen global.

CPF merupakan sistem pencen pertama di Asia yang meraih gred A, dengan mata keseluruhannya meningkat daripada 80.8 pada 2025 kepada 82 dalam Indeks Pencen Global Marsh Institut CFA 2026.

IMDA, Singtel, gangguan perkhidmatan, didenda
EkonomiOct 20, 2026 | 7:02 PM

Singtel didenda $1j selepas gangguan 3 hari pada Mac jejas 720,000 pelanggan

Singtel dikenakan denda $1 juta berikutan gangguan rangkaian mudah alih berskala besar yang menjejas 720,000 pelanggan selama tiga hari pada Mac.

Ini menyusuli denda besar sebelumnya pada Disember 2025 apabila pengawal selia sektor itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), mengenakan penalti kewangan $1 juta ke atas syarikat telekomunikasi berkenaan.

Jangkaan kenaikan harga berbeza mengikut kategori perbelanjaan, dengan pengangkutan mencatatkan peningkatan terbesar.
SingapuraOct 20, 2026 | 6:56 PM

Tinjauan: Kebanyakan isi rumah S’pura jangka inflasi naik pada 2027

Kebanyakan isi rumah Singapura menjangkakan perkembangan ekonomi dalam dan luar negara akan meningkatkan inflasi sepanjang tahun depan, di tengah-tengah ketidaktentuan politik sejagat dan dasar perdagangan, menurut tinjauan suku tahunan DBS Group Research dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Jangkaan inflasi keseluruhan bagi tahun depan kekal pada 3.4 peratus pada September, menyamai paras suku sebelumnya.

Sebanyak $462 wang tunai dan 203 bungkus rokok ditemui semula dan dirampas daripada dua remaja itu.
SingapuraOct 20, 2026 | 6:46 PM

2 remaja akan didakwa selepas wang tunai, 290 pek rokok dicuri dari kedai di Bukit Merah

Dua remaja lelaki akan didakwa pada 21 Oktober atas kesalahan pecah rumah dan mencuri selepas wang tunai serta rokok dilaporkan dicuri daripada sebuah kedai serbaneka di Bukit Merah.

Dalam satu kenyataan pada 20 Oktober, polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kes pecah rumah dan mencuri di kedai berkenaan pada kira-kira 7.15 pagi, 19 Oktober.

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video