Pelaksanaan sistem kutipan tol aliran pantas atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) di lebuh raya Malaysia, hanya dapat dilaksanakan selepas pindaan dilakukan terhadap tiga akta berkaitan, yang dijangka dimuktamadkan pada 2026.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan, berkata sistem kutipan tol tanpa palang yang menggunakan kaedah pengecaman automatik nombor plat kenderaan (ANPR) itu juga tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan...





