JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) memperkukuh pelaksanaan program berimpak tinggi bagi memelihara, memartabatkan dan mempromosikan warisan budaya negeri, sebagai persediaan utama menghadapi Tahun Melawat Johor 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Kebudayaan Johor, Encik K. Raven Kumar, berkata rangka program yang dirancang bukan sahaja menonjolkan identiti Bangsa Johor, bahkan turut memacu kerjasama budaya bersifat serantau dan...





