Menjelang musim tengkujuh, sebanyak 3,682 kawasan di seluruh Malaysia telah dikenal pasti berisiko tinggi menghadapi banjir, dengan Pahang muncul sebagai negeri paling banyak lokasi dijangka terjejas dengan bencana itu.
Dalam kenyataan pada 21 November, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berkata senarai lengkap hotspot atau kawasan panas berisiko banjir itu telah dikemukakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Bomba...





