Halijah Travels kekal komited menyediakan pakej haji bermutu pada harga berpatutan, meskipun kos penginapan di tanah suci serta perkhidmatan masyair terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, syarikatnya menyediakan penginapan terbaik demi keselesaan jemaah.





