Berbekalkan jiwa anak kelahiran Singapura dan semangat, seorang pengarah muda, Izdihar Osman, 25 tahun, terdorong mengarahkan dokumentari berjudul, Airnya Biru di Tanjong Katong, selepas tersentuh dengan kisah Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang diceritakan oleh ayahnya, Encik Osman Ahmad, 60 tahun.
Menerusi dokumentari pendek sekitar 14 minit itu, Izdihar atau lebih mesra disapa Izzy, berhasrat merakam denyut perubahan...





