Usaha menaik taraf prasarana jalan raya di Johor terus diperkukuh apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM210 juta ($66 juta) bagi melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bagi laluan Yong Peng Utara-Senai Utara (Tahap 4: Machap-Ayer Hitam) di bawah ‘Rolling Plan’ Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pengumuman itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan...





