KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan semula dana berjumlah RM31.2 bilion ($9.78 bilion) (termasuk hibah dan pelarasan tukaran wang asing) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Jumlah perolehan itu dicapai sejak penubuhan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AA MKA) pada Disember 2018 sehingga 30 September 2025.





