Hab Sukan Singapura akan dijenamakan semula sebagai ‘The Kallang’, menandakan usaha untuk menyajikan pengalaman yang lebih pelbagai dan mudah diakses dari segi sukan, hiburan, gaya hidup dan komuniti.
Sementara itu, Kallang Alive Sport Management, syarikat yang menguruskan Hab Sukan Singapura, dinamakan semula sebagai The Kallang Group.





