Singapura telah dipilih lagi untuk menganggotai Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) pada 28 November, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab memastikan keselamatan perkapalan serta mencegah pencemaran marin dan atmosfera oleh kapal.
Singapura kini memasuki penggal ke-17 berturut-turut sebagai anggota majlis itu, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan pada 28 November, menyusuli undian yang berlangsung di London.





