Sepanjang tiga Sabtu dalam November, lebih 250 penerima manfaat Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) bersama keluarga masing-masing telah meluangkan hari mereka di Sentosa, termasuk lawatan percuma ke Universal Studios Singapore (USS).
Program lawatan yang berlangsung pada 15, 22 dan 29 November itu merupakan sebahagian daripada daya usaha tanggungjawab sosial korporat Let’s Do Good, anjuran Resorts World Sentosa...





