Pasukan Polis Singapura telah menahan seorang wanita warga Malaysia berumur 73 tahun yang disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes penipuan yang melibatkan tertuduh menyamar sebagai pegawai pemerintah.
Wanita itu dipercayai bertindak sebagai keldai wang dalam skim penipuan berkenaan.





