Malaysia dan Singapura kini meneruskan rundingan pembatasan sempadan maritim secara konsisten dan berstruktur, khususnya melibatkan kawasan di sekitar Pedra Branca, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 1 Disember, beliau berkata rundingan itu telah bermula sejak 2020 dan dikendalikan melalui dua mekanisme utama...





