KUALA LUMPUR: Usaha mencari rakyat Malaysia, Encik Asrul Nizam Apridwson, yang dilaporkan hilang dipercayai terbabit dalam insiden banjir dan tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, pada 27 November lalu sedang giat diteruskan pihak berkuasa Indonesia.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia, terus memantau perkembangan kejadian banjir dan tanah runtuh...





