Kehadiran pengunjung yang mula masuk secara beransur-ansur pada pagi 5 Disember memberikan isyarat permulaan yang positif bagi pameran tiga hari, Halal International 2025, di Dewan 5A Singapore Expo.
Menyifatkan suasana pagi hari pertama itu sebagai “agak baik untuk pagi Jumaat”, Pengurus Komunikasi Media MegaXpress International Pte Ltd, Cik Reny Delfina Hamzah, berkata kebanyakan pengunjung awal merupakan warga emas, dan ini...





