Walaupun tempoh Perkhidmatan Negara (NS) beliau tamat pada 2021, komitmen Sarjan (Sukarela) Muhammad Syahid Husuhaimi, 27 tahun, terhadap tugas menjaga keselamatan negara yang dijalankan pegawai polis tidak berakhir di situ.
Malah, melihat usaha gigih Pasukan Polis Singapura (SPF) semasa pandemik mendorongnya kembali berkhidmat sebagai pegawai Konstabel Khas Sukarela (VSC) pada 2022.





