Dua Exco Kerajaan Johor telah membuat laporan polis susulan beberapa hantaran di media sosial aktivis, Encik Fahmi Reza, yang didakwa mengandungi kenyataan serta visual bersifat melampau, provokatif dan menghina Institusi Diraja Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, berkata perbuatan berkenaan secara jelas mencabar prinsip kedaulatan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.





